Sejarah John Travolta Wannabe

Pada 8 Jun 2011 telah diumumkan bahawa T-ara akan membuat kemunculan semula pada bulan Julai dengan album mini John Travolta Wannabe. Ia juga mendedahkan bahawa judul lagu dalam album itu digubah oleh Shinsadong Tiger dan Choi Gyu-sung yang sebelum ini pernah bekerjasama dengan T-ara seperti penghasilan lagu "Bo Peep Bo Peep". Nama album ini datang daripada filem bertajuk Saturday Night Fever yang dibintangi oleh John Travolta.[3] Kumpulan T-ara memproleh konsep untuk album ini selepas menyaksikan filem tersebut.[4]

Pada 24 Jun, Core Contents Media melancarkan teaser berdurasi selama 59 saat untuk runut lagu "Roly-Poly". Video muzik lagu itu telah dilancarkan tiga hari lebih awal daripada yang dijadualkan disebabkan oleh permintaan para peminat. Video muzik penuh berdurasi 12 minit telah dikeluarkan pada 4 Julai.[5]

Rujukan

WikiPedia: John Travolta Wannabe http://www.billboard.com/#/charts/k-pop-hot-100 http://tara.ccment.com/tara/index.php http://news.nate.com/view/20110608n10323 http://news.nate.com/view/20110624n09984 http://music.naver.com/album/index.nhn?albumId=199... http://news.naver.com/main/read.nhn?mode=LSD&mid=s... http://www.t-ara-official.com/index.html http://www.fnn.co.kr/content.asp?aid=e1df68cb8b074... http://www.gaonchart.co.kr/main/section/album/list... http://www.gaonchart.co.kr/main/section/search/lis...